SEJARAH DAN PROSES PEMBINAAN MENARA BERKEMBAR PETRONAS KLCC SERTA FUNGSINYA


Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam

(MPU23052)
Ahli Kumpulan:
  1. SULAIMAN BIN JAIMAN (07DKM19F2051)
  2. HASBI (07DKM19F2047)
  3. SHYAZWAN BIN AB HAMID (07DKM19F2059)
  4. MOHD YUSRI BIN MAULIPIN (07DKM19F2053)
Kelas: DKM2B

Pensyarah: Ustazah Qamariah Binti Makmud

Diploma : Kejuruteraan Mekanikal

E-Folio
Pembinaan: Sejarah Dan Proses Pembinaan Menara Berkembar Petronas KLCC Serta Fungsinya.

Proses

  Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.[8] Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.[9] Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.[10] Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.[11]

  Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.[12] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.[13] Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.

  Disebabkan kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang mahal, menara berkembar ini didirikan atas konkrit bertetulang teramat kukuh bereka bentuk radikal yang murah sekali.[14] Konkrit yang amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali lebih berkesan mengurangkan gegaran berbanding keluli; namun, oleh itu bangunan ini dua kali beratnya pada tapak berbanding bangunan keluli yang seumpamanya. Disokong oleh teras konkrit 23-kali-23 meter[15] dan segelang luar tiang super yang beruang legar, menara-menara ini menggunakan sistem struktur canggih yang menampung profilnya yang langsing serta menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas 560,000 meter persegi (669,754 ela2).[16] Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.


Dalil dan hadis

وَاذكُروا إِذ جَعَلَكُم خُلَفاءَ مِن بَعدِ عادٍ وَبَوَّأَكُم فِي الأَرضِ تَتَّخِذونَ مِن سُهولِها قُصورًا وَتَنحِتونَ الجِبالَ بُيوتًا ۖ فَاذكُروا آلاءَ اللَّهِ وَلا تَعثَوا فِي الأَرضِ مُفسِدينَ
Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan. (Q.S. Al-A’raaf : 74)
وَكَانُوا۟ يَنْحِتُونَ مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا ءَامِنِينَ

dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-gunung batu (yang didiami) dengan aman. (Q.S. Al-Hijr : 82)
وَكَذَلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا إِذْ يَتَنَازَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِم بُنْيَانًا رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِم مَّسْجِدًا
Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: "Dirikan sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka." Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya." (Q.S. Al-Kahf : 21)
Fungsi
   Bangunan KLCC ialah tempat bekerja hampir 10 ribu rakyat Malaysia dan terdapat pusat membeli belah yang terkemuka dan terbesar di Malaysia iaitu Suria KLCC. Satu menara digunakan sebagai ibu pejabat syarikat petroleum negara, Petronas dan satu lagi menara ialah bahagian pejabat syarikat gergasi Malaysia dan dunia seperti Khazanah, CNN, Al Jazeera, Microsoft, Shell dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga jambatan yang menyambung antara dua menara. Orang ramai boleh mendapatkan pemandangan kota Kuala Lumpur yang menakjubkan menerusi jambatan ini. Jambatan ini juga dibina untuk bertujuan memudahkan orang ramai berpindah dari satu menara ke satu menara yang lain sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Menara berkembar ini mempunyai pelbagai tarikan dan antara daripadanya ialah Suria KLCC, Aquaria KLCC, Jambatan KLCC dan juga Petrosains. Sebuah taman turut dibina seluas 17 ekar yang tersedia lorong berjoging dan bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi dengan pertunjukkan cahaya indah, kolam randuk dan juga taman permainan kanak-kanak.
Rujukan
Pembahagian Tugas
  1. Sulaiman - Proses, Dalil dan hadis, Kerja menaip.
  2. Hasbi - Proses, Fungsi, Dalil dan hadis.
  3. Yusri - Fungsi.
  4. Shyazwan - Fungsi.

Comments